nuffnang ads

Saturday 23 August 2014

Loneliness



Hadirlah kegembiraan moga dapat mengubati kelukaan dan kesunyian. Dalam keadaan begini I need a shoulder to lay down my head. Ya Allah aku mohon pada MU hadirkanlah kegembiraan itu dengan kadar segera. Ya Allah terlalu berat ujian Mu ini..



Perlukah aku pasrah dengan ketentuan ini. Ya Allah kuatkan hati ini untuk melupai
segala-galanya tentang DIA. Temuilah pengganti dengan segera.

Wednesday 6 October 2010

UMRAH Yang terindah bersama Arwah Ayah (15 Julai - 25 Julai 2010)

  Ini gambar kenagan bersama Arwah Ayah tersayang di Masjid Hudaibiah (Ayah kembali kerahmatullah pada 2 September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431 Masihi- Khamis- 6.15 pagi- Alfatihah)

Terima kasih ALLAH kerana telah menghantar jemputan menunaikan UMRAH yang sekian lama menjadi idaman. UMRAH pertama ini menjadi sungguh bermakna dalam hidup ini kerana ianya kenagan manis bersama Arwah Ayah yang tersayang.

Alhamdulillah 15 Julai 2010 yang lalu bersama dengan rombongan Tabung Haji saya bersama dengan 38 ahli Umrah yang  lain selamat berangkat ke Tanah Suci Mekkah. Keputusan untuk menunaiklan Umrah datang secara tiba-tiba dan saya terus menanya Arwah samada mahu mengikut menunaikan Umrah. Pemergian Ayah ke Tanah Suci merupakan kali ketiga kepada Arwah. Segala-galanya di permudahkan Allah baik urusan Umrah dan juga Visa kerana saya perlu pergi kursus ke Korea sebelum ke Mekah.

Pada jam 3.30 a.m rombongan kami tiba di Madinah Al Munawarah dan menginap di Hotel Anwar Movenpick. Amat sukar untuk di  terjemahkan perasaan ini, suka, sayu dan sebagainya pertama kali menjejak kaki ke Madinah terutama Di Masjid Nabawi. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang kepada saya dan Ayah untuk berdoa di Raudah. Masjid Nabawi memberi seribu ketenagan yang sukar untuk di zahirkan dengan perkataan


                                                 Dalam Masjid Nabawi

Alhamdulillah dapat lagi saya menyambung catatan ini setelah lama terhenti untuk mennyudahkan tesis master. sebelum tu Hari ini sudah genap 2 bulan Ayah tercinta menyahut panggilan Ilahi.

Kami juga berpeluang uttuk melawat beberapa tempat termasuklah kilang membuat Al Quran. Kebanyakan masa di habis untuk beribadat di Masjid Nabawai. namun begitu berkesempatan juga untuk membeli jubah di Madinah. apatah lagi keramahan peniaga yang dapat bercakap dalam bahasa Malaysia.

Hari Ahad kami bertolah ke Mekah Mukaramah. Sedih meninggalkan Madinah gembira untuk menuju Ke Mekah. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. melalui jalan berbukit. Sambil memikirkan perjalanan Hijrah Rasullah ke Madinah yang dulu hanya dengan unta melalui gurun dan padang pasir. Allahhuakbar. Semakin dekat dgn Mekah hati makin berdebar. Berhenti di Bir ali untuk niat ihram. Terima kasih ALLAH atas jemputan yang diberikan.

Tiba di Tanah Haram Mekah jam 9.00 malam. Selepas memunggah barang ke dalam bilik Hotel AlHajeed kami bersama mutawif bertolak ke Masjidil Haram lebih kurang 400M. Ya Allah hati teramat berdebar dan sambil menangis melangkah kaki ke Baitullah. Dari Jauh sudah nampak Masjidil Haram yang sungguh indah. Sebaik melangkah masuk ke dalam Masjid dengan dimulakan dengan doa air mata mengalir keluar sebaik sahaja terpandang KAABAH. Ya ALLAH aku bersyukur dengan nikmatmu memberi peluangku untuk datang kerumahMu" Itu doaku di dalam hati. Aku dan ayah mengikuti Mutawif memulakan ibadah tawaf UMRAH. Ya Allah tidak ada perkataan yang dapat digambarkan tentang kesyahduan semasa mengeliling Kaabah.

Alhamdulillah aku bersama Ayah dapat mengerjakan Umrah pertama dengan penuh kesyukuran. Betapa aku mengusyukuri nikmat dan peluang yang telah diberikan olaeh ALLah S.W.T

Hari kedua berada di Mekah, kami menghabiskan masa di Masjidil Haram. Masih segar kenangan bersama Arwah Ayah  semasa berjalan menuju Masjidil Haram, kami singgah sepanjang jalan untuk minum sambil menjamu mata barangan yang dijual. Kami melalui Hotel Hilton.

Friday 1 October 2010

Konsep "Pali-Pali" orang Korea

                                               Bersama peserta kursus yang lain di Sekitar COTI                                         

Bulan Julai 2010 yang lepas saya berpeluang berkursus di Korea. Alhamdulillah.Korea memang menakjubkan. Terima kasih Tun Dr Mahathir atas konsep Pandang ke Timur. Sebaik tiba di Incheon Airport terasa amat teruja dengan  pemandangan mata. Sepanjang perjalanan ke Hotel sungguh menakjubkan, lebuhraya yang cantik dan pemandangan yang menghijau, bersih dan pemandu yang bersopan.

Pada malam pertama kami tiba saya berpeluang untuk meninjau Seoul di waktu malam. Malam yang mempersonakan. It is amazing.. totally different from Malaysia, tidak ada anak muda yang melepak, tak ade rempit, aman sangat. dan saya difahamkan bahawa kadar jenayah 0.00 something(Sorry tak dpt the actual percentage) So meaning to say that berjalan hingga lewat malam adalah selamat. 12 malam saya masih window shopped kat bawah tanah sementara nak tunggu train. Pengguna train pun sangat bersopan.

Hari kedua kami akan memulakan kursus di pusat latihan di Seoul. kami telah di arahkan untuk berada dalam bas kul 8.00 tepat. 7.45 pagi bas dah ada. Biasalah orang Malaysia 8.15 baru nak jalan ke bas. Saya lihat pemandu bas dan pegawai amat gelisah sekali kerana kita tidak mematuhi masa coz kami kena sampai di pusat latihan 8.45. Kul 9.00 perasmian. Seperti yang saya bagi tahu semua orang korea telah di tanam dengan konsep "pali-pali"...

Ok nanti saya sambung lagi....

Setelah sampai di pusat latihan kami diberi penerangan ringkas. Sungguh terkejut kerana perasmian begitu simple dan tak perlu banyak protokol. Tepat pukul 9.00  MC umum kedatangan Presiden, Ucapan presiden dan memperkenalkan peserta. Wow! padat dan simple... time is constraint and also 'pali-pali konsep. Tak ade minuman. 9.15 kelas bermula. time break 5 minute, tak de minuman. dalam kelas disediakan coffee corner dan sedikit keropok. mula2 tu nak merungut juga tapi lama2 use to it.. so masa tak terbuang.


Konsep inilah yang membuatkan mereka maju. Setiap perkara nak di buat dengan cepat, tepat dan hasil yang memuaskan. kanak2 diajar pada usia 3 tahun, supaya pembelajaran dapat di ajar pada usia muda. Ada profesor tu kata Malaysia rakyatnya sabar kerana sanggup line-up panjang di bank berurus niaga, di Korea semua online payment. mereka tak sabar semuanya nak cepat...sebab tu subtrain mereka banyak dan cepat coz waktu pagi mereka nak sampai ofis awal. Ofis mula 8.30 a.m tapi kebanyakan 7.30 pagi dah ada di offis......memang mengkagumkan....

ok nanti di sambung lagi.... 

I would like to continue my story about the " Pali-Pali concept in Korea.

I really admire on Korean people especially their attitude, very nice, humble and polite. One more thing their really respect to older people. 

Satu perkara lagi yang mengkagumkan ialah sewaktu kursus. jika kursus di Malaysia pasti ada time break untuk minum, di Korea tak ade cuma disediakan coffee corner dalam class. So sesiapa yang dahaga boleh membancuh sendiri. So that masa tak di habiskan untuk minum. 

Begitu juga semasa pergi lawatan. kita jika ada orang luar nak melawat office pelbagai persiapan dibuat termasuk makan dan minum. Tapi di korea minum pun tiada atau makan pun tiada untuk merai pelawat. Save mmoney. Itulah konsep yang patut kita contohi.



Thursday 30 September 2010

Tuesday 28 September 2010

kali pertama menggunakan blog

macam hari ni dalam sejarah pulak, kerana akhirnya saya memiliki blog sendiri. Panik juga apa ye nak di tuliskan. Ini kerana saya ni masih ada fobia pada teknologi, walaupun kat office 8 jam mengadap komputer. Namun begitu disebabkan ada keinginan untuk mengatasi ni maka lahirlah blog 'inspirasiku'.

Dengan adanya "inspirasiku" saya berharap saya dapat menulis apa yang ada di kotak fikiran saya. At least i can release my workload tension kat blog ni ngan menulis.

Pada penggemar blog harap anda dapat memberi sokongan pada saya.