Ini gambar kenagan bersama Arwah Ayah tersayang di Masjid Hudaibiah (Ayah kembali kerahmatullah pada 2 September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431 Masihi- Khamis- 6.15 pagi- Alfatihah)
Alhamdulillah 15 Julai 2010 yang lalu bersama dengan rombongan Tabung Haji saya bersama dengan 38 ahli Umrah yang lain selamat berangkat ke Tanah Suci Mekkah. Keputusan untuk menunaiklan Umrah datang secara tiba-tiba dan saya terus menanya Arwah samada mahu mengikut menunaikan Umrah. Pemergian Ayah ke Tanah Suci merupakan kali ketiga kepada Arwah. Segala-galanya di permudahkan Allah baik urusan Umrah dan juga Visa kerana saya perlu pergi kursus ke Korea sebelum ke Mekah.
Pada jam 3.30 a.m rombongan kami tiba di Madinah Al Munawarah dan menginap di Hotel Anwar Movenpick. Amat sukar untuk di terjemahkan perasaan ini, suka, sayu dan sebagainya pertama kali menjejak kaki ke Madinah terutama Di Masjid Nabawi. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang kepada saya dan Ayah untuk berdoa di Raudah. Masjid Nabawi memberi seribu ketenagan yang sukar untuk di zahirkan dengan perkataan
Dalam Masjid Nabawi
Alhamdulillah dapat lagi saya menyambung catatan ini setelah lama terhenti untuk mennyudahkan tesis master. sebelum tu Hari ini sudah genap 2 bulan Ayah tercinta menyahut panggilan Ilahi.
Kami juga berpeluang uttuk melawat beberapa tempat termasuklah kilang membuat Al Quran. Kebanyakan masa di habis untuk beribadat di Masjid Nabawai. namun begitu berkesempatan juga untuk membeli jubah di Madinah. apatah lagi keramahan peniaga yang dapat bercakap dalam bahasa Malaysia.
Hari Ahad kami bertolah ke Mekah Mukaramah. Sedih meninggalkan Madinah gembira untuk menuju Ke Mekah. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. melalui jalan berbukit. Sambil memikirkan perjalanan Hijrah Rasullah ke Madinah yang dulu hanya dengan unta melalui gurun dan padang pasir. Allahhuakbar. Semakin dekat dgn Mekah hati makin berdebar. Berhenti di Bir ali untuk niat ihram. Terima kasih ALLAH atas jemputan yang diberikan.
Tiba di Tanah Haram Mekah jam 9.00 malam. Selepas memunggah barang ke dalam bilik Hotel AlHajeed kami bersama mutawif bertolak ke Masjidil Haram lebih kurang 400M. Ya Allah hati teramat berdebar dan sambil menangis melangkah kaki ke Baitullah. Dari Jauh sudah nampak Masjidil Haram yang sungguh indah. Sebaik melangkah masuk ke dalam Masjid dengan dimulakan dengan doa air mata mengalir keluar sebaik sahaja terpandang KAABAH. Ya ALLAH aku bersyukur dengan nikmatmu memberi peluangku untuk datang kerumahMu" Itu doaku di dalam hati. Aku dan ayah mengikuti Mutawif memulakan ibadah tawaf UMRAH. Ya Allah tidak ada perkataan yang dapat digambarkan tentang kesyahduan semasa mengeliling Kaabah.
Alhamdulillah aku bersama Ayah dapat mengerjakan Umrah pertama dengan penuh kesyukuran. Betapa aku mengusyukuri nikmat dan peluang yang telah diberikan olaeh ALLah S.W.T
Hari kedua berada di Mekah, kami menghabiskan masa di Masjidil Haram. Masih segar kenangan bersama Arwah Ayah semasa berjalan menuju Masjidil Haram, kami singgah sepanjang jalan untuk minum sambil menjamu mata barangan yang dijual. Kami melalui Hotel Hilton.